BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum W.B.T.

Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada perkara-perkara berikut adalah dibenarkan dan mematuhi prinsip Syariah:

1. Apakah hukum Dagangan intraday FCPO, di mana posisi dibuka dan ditutup dalam hari dagangan yang sama.

2. Apakah hukum sekiranya saya mengambil tawaran eksklusif keperluan margin intraday  sebanyak 25%, iaitu margin yang lebih rendah yang hanya terpakai bagi dagangan intrahari sahaja.

Terima Kasih. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Intraday merujuk kepada pembelian dan penjualan dalam hari yang sama. Oleh kerana jual beli FCPO dibenarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (MPS), maka tiada halangan untuk jual beli dilakukan pada hari yang sama.

2. Penentuan margin adalah diharuskan berasaskan persetujuan antara pelanggan dan broker patuh syariah. 

Setiap broker patuh Syariah melantik Penasihat Syariah untuk pelanggan rujuk.

https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/islamic_market/bursa_malaysia_i/list_of_islamic_brokers

Justeru, untuk penjelasan lanjut, pelanggan boleh dapatkan panduan syariah dengan lebih terperinci melalui Penasihat Syariah yang dilantik oleh broker patuh syariah tersebut.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 17

message user image