BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya berumur 47 tahun, haid saya lewat bulan 1, saya cek UPT sendiri pada 3/2 dan resultnya positif, kemudian pada 7/2 keluar cairan coklat, hari ke 2, merah jambu tp sedikit.. berlarutan sedikit-sedikit sehingga hr ke 8 hr ke 9 sy mandi dan solat, tp hr ke 10 keluar lagi spotting tp tak banyak..sy pakai pantiliner dan tiada spotting di situ tp bila sy buang air kecil ada sikit2 kadang2 kecoklatan, kadang2 kemerahan kadang2 merah jambu.. berlarutan sampai hr ke 14, ptg hr ke 14 cairan coklat keluar semula tp bercampur kemerahan dan lebih banyak di pantiliner..malam sy pakai pad.. darah pekat merah macam haid.. dan keluar darah pekat disertai dgn nyeri bawah perut dan pening kepala.. hr ke 16 sy mandi dan solat serta puasa sbb dah melebihi 15 hari..utk maklumat tambahan sy ada berjumpa doktor pada 16/2 dan hasil diagnos kehamilan sy dah negatif dan hasil scan rahim kosong..

Persoalan saya

a) Darah spotting yg keluar dr hari pertama adakah darah period atau hanya istihadah sbb sy mengandung dan keguguran kandungan 5 minggu? 

b) Darah yg keluar pada hr ke 14 adakah dikira istihadah atau darah haid? Berdosa ke saya solat dan puasa jika memang darah haid?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pandangan muktamad dalam mazhab Shafi'i darah yang keluar semasa mengandung dianggap sebagai haid sekiranya memenuhi syarat antaranya: ia keluar pada tempoh kemungkinan haid, iaitu selepas melalui paling kurang 15 hari tempoh minimum suci, dan ia keluar mencukupi atau melebihi 24 jam selama masih dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam, sama ada darah itu keluar secara berterusan atau sedikit demi sedikit.

Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan darah spotting berwarna cokelat mula keluar pada 7/2 dan berterusan keluar dengan perubahan warna darah cekelat, merah jambu dan merah sehingga melebihi tempoh maksimum haid 15 hari. Ini bermakna darah haid telah bercampur dengan darah istihadhah. Pada hari yang ke 14 darah yang keluar adalah darah merah pekat.

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

1. Memandang darah dapat dibezakan, darah merah pekat dianggap sebagai darah haid dan darah yang lemah dianggap sebagai istihadhah. Ini bermakna, darah yang keluar dari 2/7 hingga hari yang ke 13 adalah istihadhah dan hari ke 14 dan seterusnya adalah haid. Sekiranya dalam tempoh ini, solat atau puasa Ramadhan tidak dilakukan, maka solat dan puasa tersebut hendaklah diqada'. 

2. Darah yang keluar pada hari ke 14 dan seterusnya adalah darah haid. Mendirikan solat dan berpuasa ketika haid, dalam keadaan tidak mengetahui ketika itu haid, (seperti ketika dalam tempoh naqa' (tiada darah keluar) dan kemudiannya didapati bahawa tempoh naqa' itu adalah tempoh haid), maka hukumnya adalah tidak berdosa. Malahan mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah SWT.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 9

message user image