BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya ingin membuat permohonan arah qiblat untuk Petaling Jaya Marriott Hotel. Saya tidak dapat akses ke dalam sistem kerana kata laluan salah.

Saya telah cuba menukar kata laluan, tetapi tetap tidak berjaya.  Mohon panduan dan bantuan  dari pihak tuan untuk masalah ini.

Sekian terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada permohonan puan berkaitan arah kiblat bagi Petaling Jaya Marriott Hotel, pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor mengambil maklum berhubung masalah akses sistem yang dihadapi.

Sekiranya kata laluan tidak dapat digunakan walaupun telah ditukar, pihak puan disarankan untuk:

  • Mengemukan permohonan kiblat di dalam sistem dengan menggunakan akses telefon android.

  • atau menghubungi terus Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Selangor di talian 03-5514 3739 untuk bantuan teknikal.

  • Jika perlu, pihak puan boleh hadir ke pejabat Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk mendapatkan sokongan terus daripada pegawai bertugas.

Pihak jabatan akan membantu memastikan permohonan arah kiblat dapat diproses dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image