BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT, 

Saya seorang lepasan pra-universiti dan bercita-cita untuk mengambil jurusan undang-undang di universiti tempatan dan ingin bekerja dalam bidang guaman serta menjadi peguam conveyancing, khususnya dalam bidang hartanah (property). Namun saya tidak pasti sama ada kerja ini halal atau haram.

Sebab saya ragu ialah kerana kerja ini mungkin melibatkan penyediaan kontrak untuk klien yang membeli rumah menggunakan pinjaman bank (mortgage). Adakah ini dianggap membantu urusan yang melibatkan riba? Hal ini kerana tidak semua klien menggunakan bank yang menawarkan perbankan Islam yang patuh syariah. 

Selain itu, jika seorang klien membeli sebuah hartanah komersial yang akan digunakan untuk aktiviti haram (contohnya bank - bank yang mengamalkan riba'), dan saya membantu dari segi undang-undang untuk urusan membeli, menyewa atau memperbaharui kontrak, adakah itu juga dianggap haram?

Saya benar-benar ingin mengetahui jawapan kepada soalan ini kerana saya ingin apa sahaja yang saya lakukan seboleh-bolehnya diberkati oleh Allah. Terima kasih kerana sudi menjawab. Sebarang nasihat dan cadangan saya terima dengan hati yang terbuka.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, bekerja dalam bidang guaman dan menjadi peguam conveyancing khususnya dalam bidang hartanah secara asasnya adalah harus. Puan boleh memberi cadangan dan penerangan kepada klien mengenai pinjaman patuh Syariah dan pinjaman konvensional dalam urusan pembelian hartanah sebagai pilihan kepada klien. Pemilihan klien untuk menggunakan pinjaman konvensional yang mempunyai unsur riba adalah diluar kawalan puan. Adalah sebaiknya puan mengambil peluang untuk menimba ilmu sebanyak mungkin berkaitan undang-undang khususnya dalam bidang hartanah serta turut mendalami isu hartanah dalam Islam sebagai panduan puan dalam pemilihan pekerjaan akan datang. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image