Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Saya ingin bertanya dan mendapatkan penjelasan berkaitan pekerjaan saya.
Saya telah menerima tawaran kerja sebagai Electrical Engineer, di mana tugas saya adalah menyediakan mesin untuk pelanggan. Berdasarkan perkongsian daripada bekas engineer, kebanyakan projek adalah biasa, namun terdapat kemungkinan kecil (mungkin 1 daripada banyak projek) di mana saya perlu memberi sokongan pembaikan mesin di kilang arak di luar negara.
Jadi, saya ingin bertanya:
Saya amat menghargai pandangan dan nasihat ustaz.
Terima kasih.
Jawapan
Secara umumnya, bekerja sebagai jurutera di kilang tersebut adalah harus. Namun, jika terlibat secara langsung dengan pembaikan mesin di kilang arak dikhuatiri suatu tindakan yang dikira bersubahat dan menyokong perbuatan yang dilaknat . Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).
Sebagai pekerja Muslim, tuan berhak untuk minta pengecualian atau berunding dengan pihak pengurusan untuk tidak terlibat dengan aktiviti atau projek yang berkaitan arak serta perkara haram.
Sekian. Terima kasih.