BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera saya dua soalan.

1. Saya mendapati ada sedikit semut yang mati di atas saya punya cadar dan juga bantal tetapi dia tidak meninggalkan apa-apa kesan. Namun bangkai semut adalah najis. Adakah saya perlu basuh cadar sebut?

2. Semasa saya solat, terdapat semut yang telah merayap di paha saya (di pelipat lutut), semasa saya duduk diantara dua sujud baru saya sedar dan semut itu telah jadi bangkai. Saya tetap teruskan solat subuh. Apakah sah solat saya itu?

Mohon pencerahan, Terima Kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan:

  1. Perlu difahami bahawa pada dasarnya, semut yang telah mati dikategorikan sebagai najis yang dimaafkan jika dalam kadar yang sedikit. Ulama Shafi'iyah menyebut bahawa bangkai haiwan yang tidak memiliki darah mengalir seperti semut, lalat dan seumpamanya jika dalam kuantiti sedikit, maka ia dimaafkan. Adapun cadar tersebut diharuskan untuk dicuci bagi menghilangkan kesan kotoran jika ada. 

  2. Begitu juga situasi semut yang didapati mati dan melekat pada mana-mana anggota badan semasa solat. Solat tersebut tetap sah kerana semut kecil yang mati adalah najis yang dimaafkan.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image