BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.. 

Maaf saya ingin bertanya. 2 minggu sebelum ibadah korban suami sy berikan duit tujuh ratus ringgit untuk saya ambik 1 bahagian dlm ibadah kurban. Lepas tu tibalah hari raya haji, sy daftarkan nama dekat wakil menerima duit. Selepas daftar sy bagitahu suami supaya tolong wakilkan niat untuk sy & dia bersetuju. Tapi bila tiba giliran sy, dia berubah fikiran & memberi bahagian kurban sy tu pada ibunya. Apakah ini sah & x berdosa kerana dia tukarkan bahagian sy suruh wakilkan untuk sy? Lalu bahagian tu diberi pada ibunya tanpa persetujuan sy. 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudari, dalam ibadah korban, niat merupakan syarat sah yang tidak boleh diabaikan. Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat."

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, apabila seseorang telah menyerahkan wang untuk satu bahagian korban dan mewakilkan orang lain untuk menguruskannya, maka bahagian tersebut hendaklah dilaksanakan mengikut niat asal pemiliknya. Wakil tidak boleh menukar bahagian korban itu kepada orang lain tanpa keizinan pemilik bahagian tersebut kerana ia melibatkan amanah dan hak orang lain.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

اِنَّ اللّٰهَ يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدُّوا الْاَمٰنٰتِ اِلٰٓى اَهْلِهَاۙ

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya."

(Surah al-Nisa': 58)

Justeru, jika seorang suami telah menerima wang dan bersetuju mewakili korban bagi pihak isterinya, kemudian menukar bahagian korban tersebut kepada ibunya tanpa persetujuan isteri, maka tindakan itu menyalahi amanah dan akad wakalah yang telah dipersetujui. Dalam keadaan tersebut, korban yang diniatkan untuk isteri tidak terlaksana sebagaimana yang dipersetujui pada asalnya, dan pihak yang menukar niat tersebut bertanggungjawab atas tindakannya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image