BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Adakah pelajar itu termasuk dlam golongan fi sabilillah?

adakah zakat yang diberikan kepada pelajar itu di bawah asnaf atau fi sabilillah?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, takrifan rasmi yang dipilih oleh Lembaga Zakat Selangor Fisabilillah ialah perjuangan, usaha dan aktiviti yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Melalui takrifan ini dapat difahami bahawa golongan asnaf Fi Sabilillah adalah luas termasuk para pelajar di setiap peringkat. Selain itu, di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyatakan pandangan yang dipegang oleh majoriti ulama seperti yang disebutkan:

اتَّفَقَ الْفُقَهَاءُ عَلَى جَوَازِ إعْطَاءِ الزَّكَاةِ لِطَالِبِ الْعِلْمِ، وَقَدْ صَرَّحَ بِذَلِكَ الْحَنَفِيَّةُ وَالشَّافِعِيَّةُ، وَالْحَنَابِلَةُ، وَهُوَ مَا يُفْهَمُ مِنْ مَذْهَبِ الْمَالِكِيَّةِ

Maksudnya: Para fuqaha bersepakat tentang keharusan memberikan wang zakat kepada penuntut ilmu. Perkara ini disebutkan secara jelas oleh para ulama mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Begitu juga yang difahami daripada mazhab Maliki.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image