BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ingin bertanya. Suami saya ada bergurau yang dia tidak boleh berpisah dengan saya. Selepas itu saya ada cakap tadi masuk kedai emas, tak ikut masuk kedai pon.. duduk dalam kereta je. Saya pon cakap nanti pergi kedai emas lagi, kena ikut sekali lah. Selepas itu dia pon bercakap kalau saya masuk kedai emas, kita berpisah. Berpisah niat dia dekat sini adalah saya masuk kedai emas, dia duduk dalam kereta. Adakah ini termasuk dalam lafaz talak taklik?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, situasi tersebut tidaklah merujuk kepada perceraian dan seumpamanya. Tambahan pula suami tiada niat untuk "berpisah" yang dikaitkan dengan ikatan perkahwinan. Berpisah itu membawa maksud tidak turut serta masuk ke kedai emas atau bercerai. Tidak pasti mana satu. Hukum cerai dalam Islam adalah yang pasti. Jika tidak pasti bukan hukum cerai. Jika ada sebarang kemusykilan, boleh dapatkan keterangan lanjut di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal puan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image