Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Asalamualikum jabatan mufti selangor. Saya nak bertanya boleh kah seorang lelaki mengahwini seorang wanita yang sedang koma untuk menjaga wanita tersebut. Terima kasih
Jawapan
Seorang lelaki boleh mengahwini seorang wanita yang sedang koma sekiranya wanita itu anak dara kerana ijab dan qabul boleh dilakukan antara wali perempuan itu dengan lelaki (calon suami) sekiranya calon perempuan itu menepati syarat-syarat sah nikah seperti dalam 5 Rukun Nikah yang disahkan oleh Pejabat Agama Islam Daerah.
Sekian, terima kasih.