BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Aisyah biasanya mengalami haid lima (5) hari setiap bulan. Namun, semasa di Makkah, haidnya datang selama lapan (8) hari. Dia merujuk gurunya di Malaysia. Gurunya telah memberitahunya bahawa oleh kerana adat haidnya lima hari sahaja sebelum ini, maka bermula hari keenam hingga kelapan, darah tersebut dikira darah istihadah. Berdasarkan ajaran gurunya, dia mandi wajib pada pada hari keenam dan melaksanakan umrahnya. Dari kes Aisyah ini, dari aspek hukum hakam berkaitan dengan lebih jelas? bagaimana kes ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Kaedah adat dan tamyiz digunakan sekiranya darah keluar melebihi 15 hari iaitu tempoh maksimum keluar darah haid kerana pada situasi tersebut berlakunya percampuran antara darah haid dan darah Istihadhah.

Merujuk kepada persoalan, darah yang keluar sebelum cukup 15 hari maksimum adalah darah haid.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 8

message user image