Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum WBT
Saya mempunyai seorang kawan lelaki yang mengalami masalah rambut yang serius, walaupun beliau masih lagi muda. Pelbagai ubatan dan rawatan telah dilaksanakan tetapi masih lagi tidak berjaya.
Akibat kebotakan ini, beliau mengalami malu yang amat apabila keluar ke kawasan awam. Beliau tak mampu untuk menjalani rawatan tanaman rambut kerana kos yang sangat mahal.
Bolehkah rakan saya ini memakai rambut palsu yang terdiri daripada jenis sintetik (bukan rambut manusia) dan bebas dari najis, bagi tujuan memulihkan keyakinan beliau dan memelihara kesihatan mental untuk jangka masa panjang dan menjalani kehidupan normal, yang mana pemakaian rambut palsu ini tidak mengubah fizikal luaran ketara beliau? Terima kasih
Jawapan
Memakai rambut palsu adalah perbuatan yang dilarang dan diharamkan dalam Islam. Larangan tersebut adalah berdasarkan hadis daripada Asma’ binti Abi Bakr RA, bahawa seorang wanita datang menemui Rasulullah SAW lalu mengadu kepadanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru menikah. Dia telah terkena penyakit cacar sehingga menyebabkan rambutnya keguguran. Bolehkah saya menyambung rambutnya (dengan rambut palsu)? Lalu Baginda SAW bersabda:
Maksudnya: “Allah melaknat al-washilah (orang yang menyambung rambut) dan al-mustaushilah (orang yang minta disambungkan rambutnya).” Riwayat Muslim
Sekian, terima kasih.