BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan teleh membuat tuntutan ganti rugi di mahkamah. Cuma saya tidak pasti orang yang melanggar saya itu mengambil insurans konvansional atau takaful. Saya cuma tahu nama syarikat insurannya sahaja dan syarikat insurans itu menawarkan insurans konvansional dan juga takaful. Jadi apakah hukum saya menggunakan duit ganti rugi itu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, hukum menggunakan duit ganti rugi tersebut adalah harus. Hal ini disebabkan duit ganti rugi tersebut merupakan pampasan yang diberikan oleh pihak yang mengakibatkan kemalangan. Walaupun secara asasnya, pampasan insurans adalah haram, namun ia merupakan insurans pihak ketiga (orang yang melanggar) sebagai ganti rugi bukannya keuntungan hasil caruman sendiri.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 3

message user image