BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum 

Saya ingin bertanya ,haid saya start 26/3 lepastu 5/3 magrib Ade lagi spotting sikit  dan saya nak tunggu sahur nanti Ade lagi ke tidak,saya bangun sebelum subuh tengok dah takde dan mandi wajib ,pukul3 bangun nak solat tengok Ade lagi  spotting kekuning coklat,dan saya mandi balik solat & qodha solat lain lagi ,tapi lepas magrib tengok Ade lagi ,pada 6/3 waktu Isyak dah suci xde spotting dan saya mandi wajib puasa macam biasa dan qodha solat lagi , tapi lepas berbuka saya tengok ade lagi.Jadi persoalan saya adakah saya perlu ganti balik solat yg saya kira waktu dah suci tu ?dan adakah solat yg saya qodha &puasa tu tidak sah jugak ke?saya berharap persoalan saya ada jawapan terima kasih

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Suatu darah itu dihukum darah haid apabila cukup kadar minimum iaitu keluar darah selama 24 jam. Pengiraan tempoh 24 jam terbahagi kepada dua iaitu: (1) Darah keluar berterusan bermula pada waktu darah keluar sehingga cukup sehari semalam iaitu 24 jam dihukumkan haid; (2) Darah yang keluar secara terputus-putus iaitu gabungkan keseluruhan jam keluar darah dalam tempoh 15 hari. Sekiranya keseluruhan mencukupi 24 jam, ia dihukumkan haid, jika tidak mencukupi 24 jam ia dihukumkan sebagai darah istihadhah. 

Merujuk kepada persoalan, darah yang keluar tersebut adalah melebihi 24 jam walaupun ia keluar secara ‘spotting’ dihukumkan sebagai darah haid kerana memenuhi syarat asas haid serta masih dalam tempoh maksimum haid 15 hari 15 malam. Maka, puasa puan pada tempoh tersebut adalah tidak sah dan wajib qada', manakala solat pada tempoh tersebut tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh haid. 

Mendirikan solat dan berpuasa ketika haid, dalam keadaan tidak mengetahui ketika itu haid, maka hukumnya adalah tidak berdosa. Malahan mendapat pahala kerana mentaati perintah Allah SWT.

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 45

message user image