BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Baru-baru saya menggunakan plaster penampal luka pada bahagian lutut kerana sedikit kecederaan. Saya tidak menanggalkan plaster tersebut selama lebih seminggu kerana terlupa. Apakah sah mandi junub, solat dan puasa saya selama tempoh saya terlupa menanggalkan plaster tersebut? Jika tidak sah apakah yang perlu saya lakukan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, perlulah mengetahui adakah tidak membuka plaster hanya kerana terlupa atau atas saranan doktor di mana jika membuka plaster akan membawa mudarat. Sekiranya hanya terlupa, plaster penampal luka kebiasaannya akan menghalang air dari terkena kulit anggota wuduk seseorang. Oleh itu ianya perlu dibuka dan dibersihkan kesan tampalannya sebelum mengambil wuduk/ mandi wajib bagi membolehkan air diratakan ke seluruh anggota. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, ulangilah mandi junub tersebut, dan solat-solat perlulah digantikan. Adapun, puasa yang dilakukan adalah sah kerana kesahihan puasa tidak bergantung kepada kesempurnaan mandi junub kerana mandi hadas tidak termasuk dalam syarat sah puasa. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 45

message user image