BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Asslamualaikum ustaz. Baru-baru ini isteri saya tiba-tiba teringat semasa kami bergaduh 4 tahun yang lepas dia ada bertanya "kita nak cerai ke?" dan saya menjawab dgn marah "ya!". Saya tidak ingat akan soalan tersebut dan jawapan saya. Adakah status perkahwinan kami masih sah? Apa perlu dibuat? tkasih ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, jika seseorang suami mengaku atau pernah melafazkan cerai dengan isterinya, maka jatuh cerai tersebut. Namun begitu, perkara tersebut hendaklah terus dirujuk ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan status pernikahan dan tindakan selanjutnya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 201

message user image