BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya nak tanya apakah hukumnya tunang wanita dan tunang lelaki tinggal serumah dalam rumah yang ada ibu bapa dan adik beradik wanita tersebut. Mereka duduk berlainan bilik. Wanita tersebut juga ada adik beradik lelaki tinggal dalam rumah tersebut. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Pertunangan tidak mengubah hukum pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Oleh itu, tunang lelaki dan wanita masih tertakluk kepada hukum ajnabi serta wajib menjaga batas pergaulan sebagaimana sebelum bertunang.

Tinggal serumah bersama bukan mahram akan membuka ruang kepada perbuatan maksiat walaupun terdapat ahli keluarga yang lain. Hal ini perlu dielakkan untuk menjaga batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam dan sebagai perlindungan diri dari fitnah orang lain. 

Ini bertepatan dengan kaedah fiqh sadd al-zara’ie iaitu menutup pintu-pintu atau jalan-jalan yang boleh membawa kepada perkara yang diharamkan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 12

message user image