BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Abg saya berkahwin dengan seorang janda,apakah hukum kalau saya berkahwin dengan anak tiri abg saya


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, jika abang tuan berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai anak perempuan daripada suami terdahulu, maka anak perempuan tersebut hanyalah anak tiri kepada abang tuan dan bukan mahram kepada tuan. Dari sudut hukum syarak, tuan dibenarkan berkahwin dengan anak tiri abang tersebut sekiranya telah memenuhi syarat-syarat perkahwinan serta tidak terdapat halangan lain seperti hubungan nasab atau susuan (radha‘ah). Hal ini kerana hubungan mahram yang terhasil melalui perkahwinan hanya melibatkan pasangan yang berkahwin sahaja. Sebagai contoh, anak tiri menjadi mahram kepada suami ibunya apabila perkahwinan yang sah telah berlaku dan telah berlaku persetubuhan antara suami dan ibunya. Namun begitu, hukum mahram tersebut tidak melibatkan adik-beradik suami. Oleh itu, tuan sebagai adik kepada lelaki tersebut tidak menjadi mahram kepada anak tirinya. Kesimpulannya, hukum berkahwin dengan anak tiri abang adalah harus dan sah di sisi syarak selagi tiada halangan syarie yang lain seperti hubungan darah atau susuan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image