BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum...

1. ada ustaz kata...daging korban yg kita dapat dalam kategori hadiah...tidak boleh diberikan pada orang lain...contohnya..saya dapat daging qurban 2 bungkus..tiba2 saya bagi sebungkus pada anak saya..tak boleh...

dia kata..kalau bahagian utk asnaf fakir atau miskin barulah bleh ikut suka depa nak bagi kat sapa..atau nak juai..

2. kita disunatkan tak bleh kerat kuku atau hilangkan bulu dibadan..jika kita masuk qurban start 1 zulhijah...betoi kan...

macamana kalau kita mula2 tak niat buat qurban..tiba2..pada 5 zulhijah baru..ada modai utk buat qurban...jadi mcmna...nak start bila utk larangan cukur dan kerat kuku


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد


Merujuk kepada persoalan yang diajukan, pada asasnya, daging korban memang boleh dimakan sendiri, dihadiahkan dan disedekahkan kepada orang lain. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Hajj ayat 28:

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

Maksudnya: Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir.

Dalam mazhab Syafi‘i, jika seseorang fakir miskin menerima daging korban sebagai sedekah wajib, maka dia boleh menghadiahkan kepada orang lain dan menjualnya kepada orang lain.Adapun bagi bukan fakir miskin, harus untuk menghadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh menjual atau menjadikannya sebagai upah sembelihan.


Berkenaan memotong kuku dan rambut bagi orang yang berkorban, adalah sunat bagi orang yang berniat korban untuk tidak memotong kuku, rambut dan bulu badan bermula 1 Zulhijah sehingga haiwan korbannya disembelih.

Sabda Nabi Muhammad SAW dari Saidatina Ummu Salamah R.Anha.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ:

إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ، وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ، فَلَا يَأْخُذَنَّ شَعْرًا وَلَا يُقَلِّمَنَّ ظُفُرًا

Maksudnya: Apabila masuk sepuluh Zulhijah dan seseorang ingin melakukan korban, maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya. (Riwayat Muslim)

Walaubagaimanapun, kalau terpotong juga ia tidak haram dan korbannya tetap sah. Sekiranya seseorang baru berniat korban pada 5 Zulhijjah, maka sunnah tidak potong kuku dan rambut itu bermula dari hari dia berniat tersebut.


 والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 28

message user image