Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Pertanyaan 1
Soalan :
Saya telah berkahwin dengan suami selama lebih enam (6) tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan suami hanya menggosokkan zakarnya di kawasan faraj, dalam bibir faraj dan kemudian mengeluarkan air mani dikawasan tersebut tanpa melakukan penetrasi ke dalam faraj isteri. Kepala zakar tidak pernah memasuki lubang faraj isteri selama perkahwinan. Adakah perkara ini dikira sebagai berjimak? Sekiranya suami melafazkan cerai adakah isteri tersebut beriddah dan ingin rujuk, adakah perlu akad nikah baharu?
Pertanyaan 2
Soalan :
Penceraian berlaku pada tahun 2022
Saya telah bertengkar dengan suami pada tahun 2022 kerana suami tidak menunaikan janji untuk beraya bersama saya semasa pandemik COVID-19 dan sebaliknya pulang beraya di kampungnya. Ketika pertengkaran tersebut, saya telah mengakses perbankan dalam talian suami dan memindahkan sebanyak RM4,000.00 ke dalam akaun saya kerana terlalu marah. Akibat daripada tindakan tersebut, baki wang dalam akaun suami pada ketika itu tinggal tidak sampai RM100.00.
Suami telah meminta saya untuk memulangkan semula wang tersebut, namun saya memaklumkan bahawa saya hanya akan memulangkannya sekiranya suami menceraikan saya. Dalam keadaan tertekan dan terpaksa untuk mendapatkan semula wang tersebut, suami telah melafazkan cerai terhadap saya melalui aplikasi WhatsApp dalam sebuah group yang turut disaksikan oleh seorang rakan saya yang berada dalam group tersebut.
Selepas suami melafazkan talak tersebut, saya terus memindahkan semula wang yang diambil ke akaun suami. Suami kemudiannya memaklumkan bahawa lafaz talak tersebut dibuat dalam keadaan terpaksa dan diugut kerana wangnya telah diambil, serta bertujuan untuk mendapatkan semula wang tersebut tanpa mempunyai niat sebenar untuk menceraikan saya. Dalam keadaan ini, adakah lafaz talak tersebut jatuh?
Pertanyaan 3
Soalan :
Penceraian berlaku pada tahun 2023
Saya telah bernikah dengan suami di Siam dan selepas bernikah dan kembali ke Malaysia pernikahan tersebut masih tidak didaftarkan lagi walaupun setelah beberapa tahun kerana saya risau jika didaftarkan di Malaysia dan perlu dibicarakan di mahkamah dan membayar denda akan mengakibatkan kerjaya saya terjejas dan dikenakan tatatertib kerana saya seorang penjawat awam. Untuk nikah semula di Malaysia, saya mempunyai beberapa isu lain salah satunya berkenaan keluarga. Pada awal tahun 2023, suami telah melafazkan talak taklik iaitu dia menyatakan sekiranya perkahwinan tidak didaftarkan atau tiada perkahwinan baharu dibuat di Malaysia sehingga 31 Disember 2023, talak akan jatuh.
Suami memaklumkan talak tersebut dijatuhkan memang niat untuk bercerai jika tidak berjaya mendaftarkan perkahwinan atau berkahwin semula di Malaysia selama tempoh 2023, jatuh talak. Adakah lafaz talak tersebut jatuh?
Pertanyaan 4
Soalan :
Penceraian berlaku pada tahun 2024
Pada tahun 2024 pula, suami sekali lagi memaklumkan jika isteri tidak memberi kerjasama dalam isu mendaftarkan pernikahan siam tersebut dalam tahun berkenaan, maka akan jatuhlah talak. Niat suami adalah untuk membuat isteri beri Kerjasama jika ingin menyelamatkan atau meneruskan hubungan dengan suami kerana suami sangat tertekan kerana usia telah menginjak tua kerana beliau telah menyimpan hasrat bernikah (secara normal seperti umat Islam yang lain) paling lewat adalah 32 iaitu dua (2) lebih lambat dari arwah ayahnya yang dahulunya kahwin lambat (30). Usia suami Ketika 2024 adalah 36 tahun. Jika tidak berhasil mendaftar atau nikah semula di Malaysia niat suami untuk bercerai dan kahwin lain. Adakah talak ini jatuh?
Pertanyaan 5
Soalan :
Penceraian berlaku pada tahun 2025
Pada tahun 2025, ketika usia suami telah mencecah 37 tahun, suami sekali lagi mengulangi perkara yang sama iaitu memaklumkan kepada isteri bahawa sekiranya isteri masih tidak memberikan kerjasama dalam urusan mendaftarkan pernikahan Siam tersebut, maka “talak sejuta” akan jatuh. Ungkapan tersebut dibuat oleh suami dalam keadaan sangat tertekan dan hilang kesabaran kerana merasakan perkara tersebut sepatutnya mudah diselesaikan, namun isteri masih berkeras dan tidak memberikan kerjasama. Walaupun begitu, niat suami adalah untuk mendesak isteri supaya memberi kerjasama demi menyelamatkan dan meneruskan perkahwinan secara sah. Namun sehingga tempoh yang diberikan, isteri masih tidak memberikan kerjasama. Dalam keadaan ini, adakah talak tersebut jatuh?
Pertanyaan 6
Soalan :
Segala penceraian ini tidak dirujuk kepada pihak berwajib. Hanya rujuk sendiri kerana daripada awal beranggapan penceraian ini boleh dirujuk kembali. Tetapi setelah membaca hukum daripada mufti-mufti negeri di Malaysia (Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan) jika suami lafaz talak dan suami isteri tidak pernah berjimak, penceraian tersebut tidak boleh dirujuk semula aperlukad nikah baharu. Apakah status perkahwinan kami ini? Adakah talak awal yang jatuh boleh dirujuk atau perlu akad nikah semula? Dan berapa
jumlah talak yang telah jatuh?
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan :
1. Dalam mazhab Syafi‘i, penentuan sama ada sesuatu perbuatan dikira sebagai jimak (الوطء) atau tidak adalah sangat penting kerana ia memberi kesan kepada hukum-hakam seperti iddah, rujuk dan seumpamanya. Berdasarkan keterangan tuan, iaitu zakar hanya digosok pada bahagian luar faraj atau sekitar bibir faraj tanpa berlaku sebarang kemasukan (penetrasi) ke dalam lubang faraj walaupun sedikit kadar hasyafah (kepala zakar), maka perbuatan tersebut tidak dikira sebagai jimak yang sah menurut mazhab Syafi‘i.
Oleh itu, ia tidak kira sebagai persetubuhan yang sebenar dalam penentuan iddah, rujuk dan implikasi lain yang berkaitan.
2. Bagi persoalan yang melibatkan talak (seperti dalam pertanyaan 2, 3, 4 dan 5), perlu difahami bahawa menurut peruntukan undang-undang di Malaysia, termasuk Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 (Seksyen 57), pengesahan sama ada sesuatu perceraian itu berlaku atau tidak adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Sehubungan itu, tuan disarankan untuk:
Tambahan pula, memandangkan perkahwinan tuan dilangsungkan di luar negara tanpa kebenaran pihak berkuasa, maka tuan hendaklah:
3. Pertanyaan berkaitan implikasi talak sebelum berlaku jimak. Secara asas dalam hukum fiqh, sekiranya berlaku perceraian sebelum berlakunya jimak yang sah, maka talak tersebut dihukumkan sebagai talak bain sughra.
Implikasinya adalah:
Sekian terima kasih