Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum
Boleh kah wanita bercerai hidup pulang ke kampung menghadiri majlis tahlil / doa selamat yang diadakan dirumah mak di kampung
Adakah kena minta keizinan bekas suami
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan,
Selama dalam tempoh iddah talak raj'i, wanita wajib meminta izin daripada suami untuk keluar rumah, termasuk untuk balik kampung bagi menghadiri majlis kenduri arwah, melainkan keluar kerana untuk keperluan yang sangat mendesak seperti khawatir akan keselamatannya atau bekerja, sekiranya sebelum bercerai wanita itu bekerja. (Rujuk Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami)
Sekian, terima kasih.