BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Salam saya sedang memakai perancang dan period sy tidak teratur .. selalu nya akan keluar darah berterusan selama 3bulan dan sy akan solat selepas 15hari.. Tetapi sekarang dalam bulan ramadhan pertama kali sy hanyabkeluar lendir merah ketika saya membuang air kecil , apabila sy pakai pad tiada darah pada pad tersebut .. jadi adakah dikira darah haid atau bukan .. skrg sy masih solat dan puasa 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, lendir berwarna merah yang keluar semasa membuang air kecil boleh dianggap sebagai darah haid sekiranya ia memenuhi syarat-syarat darah haid antaranya:

1. Darah yang keluar mencukupi 24 jam atau sehari semalam secara bersambung, atau keluar secara terputus-putus dalam tempoh maksimum 15 hari 15 malam. Jika darah yang keluar tidak mencukupi 24 jam dalam tempoh 15 hari 15 malam, maka ia bukan darah haid, sebaliknya darah istihadhah atau darah rosak.

2. Darah itu keluar dalam tempoh kemungkinan haid, iaitu selepas melebihi 15 hari tempoh minimum suci. Sekiranya darah atau lendir berwarna merah itu keluar kurang dari tempoh 15 hari tempoh minimum suci, maka ia adalah darah istihadhah. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image