BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Tuan Mufti. Saya inginkan kepastian adakah kanak-kanak autism diwajibkan berkhatan?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, menurut mazhab Imam Syafi’ie dan Imam Ahmad; khitan adalah wajib ke atas kedua-dua lelaki dan wanita. Menurut mazhab Syafi’ie; wajib berkhitan ialah apabila kanak-kanak mencapai umur baligh dan wajib dilaksanakan segera. Namun disunatkan kepada wali/penjaga untuk melaksanakannya ketika kanak-kanak masih kecil kerana itu lebih mengasihinya. Bagi anak yang menghadapi masalah mental atau yang kurang upaya, tuntutan berkhitan masih tetap dituntut untuk dilaksanakan oleh wali/penjaganya jika keadaan mental dan fizikal anak itu mengizinkan dan tidak dibimbangi akan memudaratkannya. Jika dikhuatiri akan memudaratkannya, gugurlah kewajipan khitan tersebut. Wali/penjaga hendaklah menunggu masa yang sesuai untuk mengkhitankannya. Jika keadaan anak berterusan lemah, gugurlah kewajipan khitan itu darinya. Rujukan fatwa yang berkaitan : http://www.muftiselangor.gov.my/ms/?option=com_content&view=article&id=181:hukum-khatan-bagi-pesakit-heamophilia-dan-kanak-kanak-cacat-akal&catid=26:koleksi-fatwa&Itemid=317&lang=ms والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 297

message user image