BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

SAYA HAID PADA 21/03/2026 DAN HABIS PADA 30/03/2026 (10HARI). KEMUDIAN SAYA PUASA GANTI 2 HARI (31/03/2026-01/04/2026). HARINI (03/04/2026) TIBA-TIBA SAYA NAMPAK TOMPOKAN COKLAT DI SELUAR DALAM. ADAKAH PUASA SAYA 2 HARI HARITU SAH, ATAU DIKIRA SAYA MASIH DALAM TEMPOH HAID?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan, pada 31/3 sehingga 1/4 di mana ketika darah tiada, keadaaan tersebut dipanggil sebagai naqa’.

Naqa’ ialah keadaan tempoh terputus darah mengalir keluar dan tidak kelihatan kesan darah (suci) pada kapas setelah dimasukkan ke dalam faraj. Naqa’ tersebut akan dikira haid sekiranya memenuhi beberapa syarat-syarat yang ditetapkan. Antara ciri-ciri wanita mengalami masa naqa’ (berhenti di celah-celah antara darah) sewaktu dalam tempoh haid ialah masa naqa’ (terputus) yang berada di celah-celah antara darah haid yang keluar tidak melebihi maksimum 15 hari.

Oleh demikian, puasa saudari pada 31/3 dan 1/4 itu tidak sah kerana masih dikira dalam tempoh haid iaitu belum melebihi maskimum haid sebanyak 15 hari 15 malam. Spotting coklat yang keluar pada 3/4 adalah haid. Puasa ganti saudari 2 hari tersebut tidak sah dan wajib diganti pada hari yang lain.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 39

message user image