Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamulaikum , mahu bertanya sekiranya ada discharge coklat yang datang dikira haid jika
1. Discharge coklat keluar putus putus , and melepasi tempoh 24 jam ( sudah tambah tempoh jam keluar coklat tersebut)
2. Discharge coklat berterusan dalam 24 jam
- kedua duanya (putus putus + berterusan) adalah lebih waktu suci iaitu 15 hari
Soalan 1 :
adakah warna coklat memainkan peranan untuk dikira sebagai haid ? Contohnya , sekiranya warna coklat yang keluar itu tidak seperti haid yang biasanya , adakah dikira sebagai haid atau tidak
soalan 2 :
sekiranya sudah 10 hari discharge coklat ni keluar , kemudian hari ke 11 tu datang darah haid yang banyak seperti normal haid , Kiranya
- hari 11-15 tu haid
- 16 hari dan keatas dah istihadah
mohon pencerahan kerana saya keliru adakah normal untuk darah haid yang normal datang pada hari ke 11 dan ke atas dan keluar sehingga istihadah
Jawapan
Secara asasnya, antara warna yang dikategorikan sebagai darah haid ialah warna coklat. Merujuk kepada persoalan:
1) Jika darah warna coklat yang keluar dalam tempoh kemungkinan haid (setelah melepasi tempoh minimum suci 15 hari) ia dihukumkan sebagai darah haid, jika darah yang keluar melebihi tempoh 24 jam atau sehari semalam sama ada keluar secara berterusan atau putus-putus dalam tempoh tidak melebihi 15 hari maksimum haid.
2) Sebanyak-banyak tempoh haid adalah 15 hari 15 malam. Jika darah yang keluar melebihi tempoh maksimum haid, maka berlaku percampuran antara darah haid dan darah istihadhah. Bagi menentukan darah tersebut, ia boleh dilakukan dengan dua kaedah:
(a) Kaedah Tamyiz (Beza darah): Apabila darah dapat dibezakan warnanya sama ada darah kuat atau lemah, maka darah lemah sahaja dihukumkan sebagai darah haid. Sebagai contoh darah coklat (darah lemah) keluar selama 10, kemudian darah merah (kuat) yang banyak selama 10 hari, maka hanya darah merah (kuat) selama 10 hari ini sahaja dihukumkan sebagai darah haid. Darah coklat (lemah) yang keluar sebelumnya dihukumkan sebagai darah istihadhah. Jika pada tempoh warna coklat keluar telah dihukumkan istihadhah, maka solat yang ditinggalkan dalam tempoh ini perlu diqadha.
(b) Kaedah Adat: Jika darah yang keluar sama warna sahaja atau tidak dapat dibezakan sifat dan warnanya, maka penentuan haid dan istihadhah melihat kepada adat haidnya yang paling hampir iaitu bulan sebelumnya, jika hanya 7 hari haid dan 23 hari suci, maka haidnya dihukumkan hanya 7 hari dan selebihnya adalah darah istihadhah.
Dalam penjelasan puan, puan dapat membezakan warna dan sifat darah, maka hanya darah yang kuat sahaja iaitu warna merah dihukumkan sebagai darah haid, darah lemah iaitu warna coklat merupakan darah istihadhah.
Sekian. Terima kasih.