Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ada kemusykilan berkaitan haid dan istihadhah. Sblm ini haid saya sangat teratur dan datang setiap 24-27 hari. Selepas saya didiagnose dgn penyakit kanser dan menamatkan rawatan, haid saya menjadi sgt tidak teratur. Saya telah mendapatkan nasihat doctor dan doctor mengatakan ia adalah perkara normal akibat kesan sampingan rawatan kimoterapi.
Saya datang haid pada 15 Januari dan suci pada 27 Jan. Dlm tempoh 28 Jan - 7 Feb tiada darah atau tompokan darah. Pada 8 Feb darah keluar semula seperti haid biasa (darah banyak) sehingga 13 Feb. Saya bersih sepenuhnya (tiada darah mahupun tompokan) pada 15 Feb. Pada 26 Feb tompokan darah (spotting) berlaku semula setiap hari terutama apabila membuang air kecil. Tempoh tidak kerap, sekali sehari dan kadangkala 2x sehari. Pada 2 March tompokan darah lebih kerap setiap kali membuang air kecil dan pada 3 Mar disertai dgn darah yg lebih byk (lebih drpd 2-3 tompokan).
Soalan saya bagaimana hendak mengira yg mana satu darah haid dan darah istihadah kerana ia sgr menyukarkan utk menentukan samada perlu solat ataupun tidak, tambahan skrg bulan Ramadan lebih menyulitkan krn tidak pasti samada perlu berpuasa atau tidak.
Sekiranya kitaran ini berlaku lagi pada masa akan datang, bagaimana utk saya mengenalpasti samada ianya darah haid atau istihadah? Adakah dgn mengira hari semata2x atau mengikut jenis darah? Heavy flow sbg haid dan spotting sbg istihadah atau bagaimana. Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan, berikut adalah jawapan dan huraian:
15/1/2026 - 27/1/2026 (12 hari): adalah haid
28/1/2026 - 8/2/2026 (11 hari): adalah tempoh suci yang memerlukan kepada menyempurnakan baki suci sebanyak 4 hari kerana sekurang-kurang suci adalah 15 hari.
9/2/2026 - 13/2/2026 (5 hari): adalah darah istihadhah kerana darah yang keluar adalah dalam tempoh suci yang masih berbaki. Sepatutnya baki 4 hari sahaja untuk sempurnakan baki suci. darah yang keluar pada 13/2/2026 hendaklah dipastikan terlebih dahulu sifat darahnya. Boleh jadi, ia juga merupakan darah istihadhah kerana darah yang keluar tidak berterusan selepas tempoh minimum suci hanya keluar 1 hari sahaja. Jika darah yang keluar mencukupi 24 jam, ia boleh dihukumkan kitaran haid yang baru, sebaliknya jika tidak memenuhi syarat asas haid, ia dihukumkan sebagai darah istihadhah.
26/2/2026 - 3/3/2026 (4 hari): Darah yang keluar adalah tompokan (spotting) yang perlu dikira tempoh keluar semua darah. Jika dicampur tempoh keluar darah tersebut mencukupi 24 jam sehingga tidak melebihi tempoh maksimum haid. Kesemuanya dihukumkan sebagai darah haid. Jadi, apabila telah ditentukan jenis darah tersebut, puan tidak boleh solat dan puasa ketika haid (puasa kena ganti), manakala ketika istihadhah hendaklah berpuasa dan solat seperti biasa. Jika berlaku lagi seperti ini pada bulan akan datang, puan hendaklah menentukannya dengan cara seperti diterangkan. Puan hendaklah mencatat setiap waktu darah keluar serta sifat dan warnanya bagi memudahkan puan untuk menentukan darah yang keluar sama ada darah haid atau istihadhah.
Sekian. Terima kasih.