BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Jika menikah semasa mengandung,lelaki tersebut merupakan bapa kepada bayi dalam kandungan, adakah pernikahan itu sah? adakah perlu nikah semula setelah bayi lahir? dan apakah status anak yang seterusnya ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, pernikahan itu sah walaupun sedang mengandung, dengan syarat pernikahannya cukup rukun dan syarat sah nikah. Walaubagaimanapun, apabila lahirnya anak yang dikandung itu, anak tersebut tidak boleh dinasabkan (dibin/dibintikan) kepada suami kerana anak tersebut bukan anak sah taraf, hanya boleh dinasabkan kepada ibunya sahaja. Fatwa mengenai anak tak sah taraf menurut hukum syarak boleh rujuk link berikut; http://www.muftiselangor.gov.my/fatwa-personalisation/fatwa-tahunan/pewartaan/2005-2009/101-fatwa-tentang-garis-panduan-mengenai-anak-tak-sah-taraf-menurut-hukum-syara والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 85

message user image