Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Dato Mufti
Saya ada soalan saya keliru dan was was mana satu ayat yang saya cakap saya ada cakap dengan isteri " saya amik talak dan pergi " atau "saya akan amik talak dan pergi" dan saya tidak niat dalam hati dan adakah ia jatuh talak? Dan saya was was mana satu yang saya cakap.
Mohon pencerahan daripada Dato Mufti terima kasih
Jawapan
Menjawab persoalan saudara, Islam tidak menetapkan sesuatu hukum berdasarkan rasa syak, ragu-ragu, sangkaan atau tidak pasti. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:
Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.
Begitu juga kaedah fiqah yang mengatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak (keraguan).
Oleh itu, seandainya seseorang itu tidak pasti sama ada melafazkan talak ataupun tidak, atau tidak pasti lafaz yang diucapkan, maka ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan perkahwinan. Tambahan pula tiada niat dalam hati.
Walau bagaimanapun, saudara boleh rujuk ke Pejabat Agama Islam Daerah terdekat di tempat tinggal untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut.
Sekian, terima kasih.