Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum. Apakah hukum menggunakan duit tabung masjid untuk program perlawanan bowling persahabatan bersama masjid-masjid kariah lain, bertujuan untuk mengeratkan perhubungan antara masjid-masjid berdekatan? Wang tersebut digunakan untuk membiayai Tshirt, makanan, sewaan tempat permainan dan apa-apa yang berkaitan dengan perlawanan. Jika boleh, apakah kadar maksima yang masjid boleh keluarkan. Terima kasih.
Jawapan
Maksudnya: Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapaat petunjuk.
Secara umumnya, dana masjid adalah harta wakaf atau harta yang diamanahkan untuk kegunaan masjid dan kemaslahatan umat Islam yang berkaitan dengannya. Penggunaan dana ini mestilah selaras dengan tujuan asal pewakafan atau sumbangan, iaitu untuk tujuan ibadah, penyelenggaraan masjid, dan aktiviti-aktiviti yang menyokong fungsi masjid sebagai pusat komuniti ukhuwwah Islam.
Menggunakan dana tabung masjid untuk program perlawanan bowling persahabatan, walaupun bertujuan mengeratkan silaturahim, perlu dilihat dari sudut kemaslahatan dan keutamaan. Dana masjid sepatutnya diutamakan untuk keperluan asas masjid dan aktiviti yang secara langsung meningkatkan syiar Islam dan pendidikan agama.
Jika dana tabung masjid adalah dari sumbangan umum (bukan wakaf khusus untuk tujuan tertentu), maka penguruan masjid mempunyai sedikit kelonggaran dan harus untuk menggunakannya bagi aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada komuniti masjid, termasuk aktiviti sosial yang sihat dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Namun, ia mestilah tidak berlebihan dan tidak menjejaskan keperluan asas masjid.
Dalam hal ini, pihak masjid wajar merujuk kepada pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri untuk memastikan perbelanjaan tersebut mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid berkaitan had maksimum atau kewajaran penggunaan dana umum masjid.
Sebagai contoh di Selangor, keterbukaan penggunaan dana am masjid mengambil kira beberapa perkara:
Tiada kadar maksima yang ditetapkan secara spesifik dalam syarak untuk perbelanjaan sebegini. Namun, prinsipnya adalah:
Sebagai panduan, jika program tersebut dapat dibiayai melalui sumber lain seperti yuran penyertaan, tajaan, atau sumbangan khusus untuk aktiviti sosial, ia adalah lebih baik. Penggunaan dana tabung masjid hendaklah menjadi pilihan terakhir dan dengan jumlah yang munasabah, tidak melebihi peratusan kecil dari keseluruhan dana yang ada, dan tidak menjejaskan operasi utama masjid.
Sekian, terima kasih