Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jatuh ke lafaz kinayah melalui "Kalau ibu balik, kami bercerai"?
maksud saya kat situ, kalau ibu balik jadi makin besar pergaduhan silap2 boleh cerai. Sbb ibu degil. Saya pon tak rajin nak type panjang2. Tapi saya takde niat nak cerai. Maksud saya kat situ, kalau ibu balik kami akan gaduh lagi besar. Sebab isteri saya ugut untuk ikut ibu kalau ibu balik. Tu saya minta ibu jangan balik. Tapi ibu balik jugak
Jawapan
Menjawab pertanyaan tuan :
Ucapan suami: "Kalau ibu balik, kami bercerai", adalah berbentuk perkhabaran, sebagai mana yang dijelaskan. Ia juga boleh bermaksud hasrat suami iaitu sekiranya ibu balik, maka mereka akan bercerai. Jika ibu balik dan suami hendak meneruskan hasratnya untuk menceraikan isteri, maka suami hendaklah melafazkan cerai kepada isterinya. Namun jika suami tidak mahu meneruskan hasratnya, maka talak tidak berlaku.
Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut, boleh berhubung dengan Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat.
Sekian terima kasih