BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum w.b.t. Saya ingin bertanya adakah saya perlu menyamak tangan saya sekiranya saya secara tidak sengaja memegang atau tersentuh perkakas seperti sudu yang sering digunakan oleh bos cina saya? Saya merasa was-was dan berharap mendapat jawapan yang tepat apa yang perlu saya lakukan. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika puan yakin perkakas tersebut digunakan untuk makan yang hukumnya najis mughallazah, maka wajib sertu. Namun, jika tidak yakin, hukumnya sunat untuk basuh. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan daripada Abu Tha’labah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: فَاغْسِلٌوهَا وَكُلُوا فِيهَا Maksudnya : “Basuhlah bekas tersebut dan makanlah dengannya” (Riwayat al-Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 155

message user image