BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Suami saya telah berhenti kerja pada tahun 2013 atas alasan tidak sependapat dengan ketuanya. Sejak it beliau tidak bekerja hingga sekarang. Puas saya menyuruhnya mencari kerja tapi dia buat tak tahu. Dia seakan selesa kerana saya akan memberinya duit andai dia minta. Dia sihat tubuh badan dan tiada apa2 penyakit berbanding saya yg menghidap darah tinggi, kencing Manis dan lemah jantung. Sejak mula kahwin suami memang liat berikan nafkah pada saya dan anak2 padahal dia mampu. Kini segala hutang kereta beliau dan kad kreditnya saya yang menanggung. Saya mohon bantuan, apa yang boleh saya buat serta apakah hak saya. Keluarga mertua juga tidak membantu menasihati suami sy. Tolong bantu saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, suami wajib memberi nafkah pada isteri dan anak-anak mengikut kadar kemampuannya. Suami yang enggan berusaha untuk menyara nafkah keluarganya adalah suami yang ingkar tanggungjawab (nusyuz). Nusyuz bukan hanya berlaku kepada isteri, tetapi kepada suami juga. Menyara keluarga bukan menjadi kewajipan isteri. Bagaimanapun, isteri yang keluar bekerja dengan keizinan suami bagi membantu suami bagi meringankan beban adalah suatu yang baik dan perbuatan yang mulia. Tetapi tidak wajar dibebankan sepenuhnya, sedang suami enggan berusaha. Sebaiknya puan boleh merujuk ke Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran untuk mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan. #Percakapan di telefon pada 1/2/2018 adalah berkaitan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 204

message user image