Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum. Apakah hukumnya jika seorang wanita masuk gimnasium untuk memelihara tahap kesihatannya.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukumnya harus sekiranya mengikut syariat Islam. Islam tidak melarang wanita untuk bersukan. Sukan adalah penting dalam kehidupan bagi menjaga kesihatan dan menghilangkan stress atau tekanan kerja dan sebagainya. Para wanita yang melakukan senaman atau sukan hendaklah menutup aurat, berpakaian sopan dan lokasi yang bersesuaian supaya terjaga biah Islam yang baik. Pepatah arab ada menyebut: اَلْعَقْلُ السَّلِيْمُ فِي الجِسْمِ السَّلِيْمِ Maksudnya : “Akal yang sihat ada pada tubuh badan yang sihat”. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.