BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Asslamualaikum wbt. 

Arwah ayah saya ada mencarum dalam skim khairat di bawah satu persatuan perguruan. Skim ini adalah skim khairat kematian, bukan takaful atau hibah. 

Ayah saya mula mencarum bermula tahun 2021 sehingga september/2023. Bermula september/2023 ayah saya tidak lagi meneruskan caruman kerana tidak lagi berminat untuk mencarum. Maka sejak itu, status keahlian ayah saya adalah tidak aktif. 

Menyedari ayah saya tidak lagi mencarum dalam skim khairat tersebut, saya minta izin ayah untuk mendaftar semula keahlian ayah saya. Ayah saya membenarkan dan mengizinkan saya bertanggungjawab  ke atas bayaran khairat tersebut. 

Untuk aktifkan keahlian ayah saya, saya diminta untuk bayar segala tunggakan bermula sep/2023. maka saya bayar semua tunggakan dan meneruskan bayaran bulan seterusnya seperti biasa sehingga ayah saya meninggal oktober/2025.

Khairat ini telah digunakan untuk membayar segala hutang, bil dan apa sahaja yang melibatkan pengurusan kematian dan jenazah ayah saya. 

Namun demikian, masih ada lebihan duit kerana nilai tuntutan khairat yang diterima tersebut agak banyak.

Selepas membuat beberapa kajian dan rujukan, saya maklum bahawa khairat adalah tidak tertakluk pada tuntutan faraid. Maka saya ingin bertanya:

 

1. Aadakah saya yang membayar caruman khairat tersebut boleh menerima dan menguruskan sepenuhnya lebihan baki wang khairat itu? erti kata lain, adakah dibolehkan sekiranya saya buat keputusan sepenuhnya ke atas pengagihan dan penggunaan lebihan duit kahirat tersebut?

2. sekiranya tidak boleh, adakah lebihan wang khairat tersebut perlu dibincangkan penggunaannya bersama waris yang lain? erti kata lain, adakah semua waris berhak ke atas wang khairat tersebut dan perlu diagihkan mengikut persetujuan semua adik beradik? 

 

Terima kasih banyak ustaz/ustazah..


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Wang khairat kematian pada asalnya adalah untuk tujuan membiayai perbelanjaan pengurusan pengebumian jenazah pencarum atau penamanya. Merujuk kepada persoalan, apabila ada lebihan atau baki wang khairat kematian, ia boleh digunakan oleh ahli waris termasuk tuan sebagai pembiaya bayaran tunggakan tersebut. Adalah sebaiknya tuan sebagai pembiaya dan pengurus lebihan wang khairat digunakan manfaat sebaiknya kepada semua ahli waris dengan persetujuan bersama. 

 والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 30

message user image