BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, semasa saya check pantyliner untuk solat, saya nampak ada bahagian kapas yang sedikit keruh, teksturnya seakan debu/habuk. Dan bila saya kuis² pada kapas pantyliner tu, warna telah pun hilang, begitu juga bila saya bersihkan kemaluan, tak ada apa cairan/lendir yang keluar. Saya keliru sama ada ia dikira sebagai sisa darah haid atau bukan, kerana kalau ikut tempoh, sekarang ni saya berada pada hari ke-13, namun saya telah pun mandi wajib pada hari ke-8  dan kemudiannya berpuasa (setelah melihat tiada lagi darah keluar, selang beberapa hari selepas tu pula keluar cecair warna putih susu). Saya keliru sama ada debu/habuk yang berwarna keruh itu darah haid atau hanya peluh yang bertukar warna. Adakah saya dikira masih haid dan perlu menggantikan puasa pada hari ke-8 sehingga 13 tu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk soalan yang diajukan, seandainya tidak dapat dipastikan debu/habuk itu sebagai darah haid, maka kembali kepada hukum asal iaitu tiada darah yang keluar. Tambahan pula, saudari telah membuat pemeriksaan pada bahagian kemaluan dan tiada lendir atau cairan darah yang didapati.

Oleh itu, tempoh dari hari ke 8 hingga ke 13 adalah tempoh suci. Puasa yang dilakukan tidak perlu diganti.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image