BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. 

Saya nak tanya berkaitan darah haid, ada satu hari darah haid saya bocor di kerusi dan saya hanya lap menggunakan wet tissue. Tetapi saya baru tahu yang saya perlu membasuhnya dengan air mutlak. 

Adakah boleh saya lap semula kerusi tersebut dengan tisu yang menggunakan air paip atau bagaimana? Kerusi tersebut ada cushion. 

Bahagian yang terkena di bahagian belakang kerusi dan saya tidak pasti semasa saya duduk terkena tau tidak bahagian itu. Saya selalu menggunakan kerusi tersebut dan saya takut dengan ibadah saya.. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Mengelap darah yang terkena pada cushion kerusi menggunakan wet tissue sehingga hilang kesan darah seperti warna, bau dan rasa dapat membersihkan cushion tersebut, tetapi tidak mensucikannya. Untuk mensucikan cushion kerusi tersebut, alirkan sedikit air ke atas kawasan yang terkena darah dan lap dengan kain yang kering.

Oleh itu, antara cadangan mensucikan kerusi cushion yang terkena najis adalah dengan membuang ain najis itu menggunakan wet tissue sehingga hilang kesan najis tersebut, kemudian siram, atau alirkan air mutlak, atau spray hingga air kelihatan mengalir di kawasan yang terkena najis lalu keringkannya dengan menggunakan tuala kering atau vakum penyedut air (wet vacuum cleaner). Pastikan tiada lagi kesan ain najis seperti bau, warna dan rasa.

Penggunaan wet tissue semata-mata dalam membersihkan najis tidak menepati kaedah bersuci yang sebenarnya mengikut syarak. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 26

message user image