BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Dato Mufti 

1. Kalau najis darah atau kencing di lantai bole hanya simbah air sekali atau bebrapa kali dan ia menjadi suci sebab isteri saya cakap kalau ada najis hanya simbah air je cukup ? Adakah ia betul atau salah mohon pencerahan Dato  t

2. Kalau semasa haid kadang istri akan keluar darah semasa mandi kalau macam tu macam mana ye ? Semasa mandi adakah najisnya sebar ? Mohon pencerahan Dato terima kasih 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab soalan yang diajukan:

1. Secara asasnya, kaedah mensucikan najis darah atau air kencing adalah dengan menghilangkan ain najis tersebut dengan cara mengelapnya dengan tisu atau kain kering. Jika setelah dilap hilang ain serta segala sifatnya seperti warna, bau dan rasa, maka tempat yang terkena najis tadi telah bersih, namun belum suci. Untuk mensucikannya kawasan tersebut hendaklah dialirkan dengan air mutlak ke atasnya, lalu lap semula dengan kain kering yang lain.

Sekiranya dengan menyiram air ke tempat yang terkena darah atau air kencing lalu hilang ain serta sifatnya seperti warna, bau dan rasa, maka ia boleh dianggap telah suci.

2. Jika darah haid keluar semasa mandi, keadaan itu adalah perkara biasa dan tidak menyebabkan seluruh badan, air mandian atau bilik air terus dihukum najis. Dalam hukum syarak, najis hanya dikira pada tempat yang benar-benar terkena darah secara yakin, bukan berdasarkan sangkaan atau perasaan was-was. Jika darah keluar lalu mengalir bersama air mandi ke saliran, maka ia tidak dianggap menyebarkan najis ke seluruh tempat kerana air yang mengalir membantu membersihkan najis tersebut. Sekiranya terlihat ada kesan darah pada badan, pakaian atau lantai, maka memadai dibasuh dengan air sehingga hilang kesan darah itu seperti warna, bau atau rupanya. Tidak perlu menyiram berkali-kali atau menganggap semua kawasan menjadi kotor kerana Islam sangat menitikberatkan kemudahan dan mengelakkan sikap melampau dalam bersuci. Asal sesuatu itu kekal suci selagi tidak ada keyakinan yang jelas bahawa najis telah terkena padanya.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 44

message user image