BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada pertanyaan bersempena musim haji. Jika seseorang yang mempunyai masalah kencing tak lawas atau istihadah ingin menunaikan solat fardu berjemaah di dalam masjidil haram, perlukah mengambil wuduk selepas masuk waktu?

Mengikut pengalaman jemaah haji tahun-tahun lepas, jika ingin sembahyang jemaah di masjid dan depan Kaabah, perlu masuk ke masjid awal lebih kurang satu jam sebelum masuk waktu. Kalau pergi tandas di luar masjid pun, sudah tak dapat masuk kalau sudah azan solat fardu. Jadi, bagaimana mereka yang ada masalah kencing tak lawas atau istihadah nak menyertai dan berjemaah untuk solat fardu di masjidil haram dan juga masjid Nabawi di Madinah? Jika mereka  bersihkan dan bersuci serta berwuduk setelah masuk waktu di tandas luar masjid, mungkinkan tidak berpeluang pangsung untuk solat fardu berjemaah?

Mohon pencerahan dari asatizah. Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

 

Merujuk persoalan yang diajukan, Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-39 tahun 1444H, bagi jemaah haji yang mengalami kesukaran kerana masalah kencing tidak lawas yang menyebabkan sentiasa berhadas atau disebut sebagai daim al-hadath, diharuskan untuk berpegang dengan pandangan mazhab Maliki seperti berikut:

1. Membersihkan najis dan memakai lampin pakai buang dewasa (ikat, bukan sarung), lalu mengambil wuduk SEBELUM masuk waktu solat.

2. Meneruskan solat (fardu atau sunat) dengan wuduk yang sama selagi tidak terbatal oleh lain-lain perkara yang membatalkan wuduk. 

3. Disunatkan memperbaharui wuduk setiap kali masuk waktu solat.

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 32

message user image