BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Suami saya lafaz taklik melalui whatsapp ni mesej suami saya hantar pagi tdi jam 8 pagi bila saya tanya dia tak ada niat nak cakap macam tu 

 

Syg abg mntk maaf sngt ii abg tau abg dh buat salah Basar dan abg tk niat nk sakit kt isteri abg di sbb kan nafsu abg dan abg tk patut buat isteri bgcm tu last abg nak pesan dekat syg klau LH abg terlepas tangan lagi bgi talak abg jatuh 1

 

 

 Soalan nya adakah sah lafaz taklik tu


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, talak atau taklik talak melalui aplikasi whatsapp termasuk dalam lafaz kinayah sebagaimana yang telah difatwakan di negeri Selangor seperti berikut:

Setelah meneliti setiap pandangan ahli Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor dan cadangan yang dikemukakan dalam kertas kerja, maka mesyuarat memutuskan:

i. Hukum penceraian melalui SMS adalah sah dan jatuh talaknya sekiranya ia memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Bahawa pengirim SMS itu adalah suami
b. Bahawa penerima SMS adalah isteri
c. SMS itu telah pun dibaca oleh penerima
d. Suami berniat untuk menceraikan isteri

ii. Penceraian melalui SMS yang tidak memenuhi syarat-syarat dalam perkara di atas adalah tidak sah dan ianya ditentukan oleh Mahkamah Syariah.
iii. Penceraian melalui SMS adalah sama kaedahnya dengan penceraian melalui kata-kata yang tidak jelas (sindiran) termasuk penulisan seperti surat, faksmili, telefon dan e-mail. Kesemuanya termasuk dalam talak kinayah.
iv. Penceraian melalui SMS adalah perbuatan yang tidak sopan dan tidak beradab. Ianya seolah-olah merendahkan martabat wanita itu sendiri.

https://www.muftiselangor.gov.my/2023/10/25/hukum-cerai-melalui-sms/

Bagi mendapatkan pengesahan, puan perlu berhubung dengan Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 11

message user image