Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam,
saya nak tanya saya ada penyakit was was dalam mcm hal... tetapi kali ni saya takut sangat2 runsing sangat2 bila selama ni saya dengan keluarga okay je, tiba2 dtg perasaan persoalan adakah saya langgar taqliq suami sedangkan sebelum no saya yakin x langgar tapi sekarang saya jadi was was adakah saya langgar atau tidak taqliq suami. Saya dah tanya suami suami ckp x ingat langsung taqliq tu merasa mcm x ucap kalau ucap pun masa bergaduhhhh dan saya x de niat pun nak ceraikan awak masa tu....
jadi fikiran saya fikir adakah talak jatuh sebab saya ragu2 suami juga kata x ingat... sekarang dipikiran saya ckp saya langgar tapi saya x boleh nakkk ingat bila saya langgar?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, Islam tidak menetapkan sesuatu hukum berdasarkan rasa syak, ragu-ragu, sangkaan atau tidak pasti. Firman Allah SWT di dalam surah Yunus ayat 36:
Maksudnya: sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.
Ayat ini menjadi asas penting dalam hukum syarak bahawa sesuatu keputusan tidak boleh dibina semata-mata atas andaian, syak atau sangkaan tanpa bukti yang jelas. Dalam konteks hukum keluarga Islam, termasuk isu talak, taklik dan lafaz kinayah, sesuatu hukum tidak boleh ditetapkan hanya berdasarkan sangkaan atau waswas, sebaliknya hendaklah berasaskan fakta, lafaz yang jelas, niat yang terbukti, dan bukti yang meyakinkan.
Begitu juga kaedah fiqah yang mengatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan syak (keraguan).
Oleh itu, seandainya seseorang itu tidak pasti sama ada melafazkan talak ataupun tidak, atau tidak pasti lafaz yang diucapkan, maka ia tidak memberi apa-apa kesan kepada ikatan perkahwinan.
Sekian, terima kasih