BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Salam. Saya mempunyai soalan. Cerita nya bermula saya mendapat tahu suami saya curang dibelakang saya.. selepas saya mendapat tahu boleh dikata kan setiap hari dan makan tahun saya bergaduh dengan suami.. dalam tidak sedar saya mengalami kemurungan.

Pernah satu hari saya bergaduh teruk dan suami.. suami jalan kaki hampir 3 jam ke rumah adik nya.. dia pergi jumpa abang sulung di Kuala Lumpur  saya bersama abang dan biras  tp abang sulong saya tak beri kerjasama. Masa dia pulang ke rumah adik nya kami bergaduh lagi  dan dia menjerit kalau kau sebut atau ungkit ( untuk mengelak kan kami bergaduh) aku cerai ku talak 3 ..masa berlalu dan satu hari kami gaduh lagi sbb skandal  perempuan dan suami  skandal add FB .. saya menangis dan 2 hari dan bergaduh lagi dan menyebabkan suami saya hantar saya ke hospital Shah alam kerana saya dalam keadaan yg sangat teruk dan ada terdengar suara suara yg bisik di telinga saya supaya saya bunuh diri dan MCm2..Skrang saya masih makan ubat kemurungan dan anxiety.

Soalan saya jatuh atau tidak talak ke atas saya ? 

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Berdasarkan persoalan yang diajukan, lafaz yang diucapkan oleh suami puan: "kalau kau sebut atau ungkit, aku cerai kau talak" masih belum menjatuhkan talak kerana lafaz ini sekadar bentuk khabari (pemberitahuan) bahawa dia akan menceraikan puan sekiranya berlaku pekara tersebut. 

Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti dalam mengesahkan suatu lafaz talak itu sah terletak pada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau pengesahan lebih lanjut, sila hubungi Bahagian Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 13

message user image