BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Adakah keputihan itu dikira sebagai najis?

Kebiasaannya saya menggunakan panty liner dan akan menukar panty liner setiap kali sebelum solat. Tapi baru-baru ini saya terbaca yang pemakaian panty liner yang kerap boleh mengundang pembiakan bakteria. 

Jadi saya berhenti menggunakan panty liner dan hanya berusaha mengelap kesan keputihan yang terkena seluar dalam sebelum solat, tapi saya tidak boleh mencuci kesan tersebut 100% atau menukar pakaian kalau di tempat kerja. Adakah solat saya masih sah?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Secara asasnya keputihan adalah najis maka perlu disucikan dengan menghilangkan ain dan sifatnya meliputi bau, warna dan rasa. Bagi menghilangkan keraguan, bersucilah daripada pakaian yang terkena keputihan dengan memakai pakaian dalam yang bersesuaian. Sekiranya pemakaian panty liner dikhuwatiri menjejaskan kesihatan, maka tukarlah pakaian dalam setiap kali solat, ataupun menanggalkan pakaian dalam setiap kali berwuduk dan solat sebagai usaha untuk menjaga kebersihan dan kesahan solat tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image