Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum.. saya buntu dengan lafaz rujuk yang suami nafikan... lafaz tanpa niat dihati sebab terpaksa dan dipaksa oleh saya. rujuk bersyarat tetapi rujuk yang suami lafaz secara terpaksa kerana saya ugut hendak membunuh diri. dua hari selepas rujuk saya melanggar syarat rujuk talak 2. suami marah dan berkata "kita bercerai" dan "sekarang kita bercerai". adakah sah lafaz cerai talak 3 itu sekiranya suami menafikan perkataan yang dia lafazkan itu sebagai pertanyaan "kita bercerai?" "kita bercerai sekarang?" suami kata lafaz cerai "kita bercerai" "sekarang kita bercerai" dia tidak lafaz dengan niat bercerai tetapi lafaz sebagai pertanyaan adakah saya mahu bercerai sekarang? sekian terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada kenyataan puan, persoalan dari suami, “kita bercerai?” dan “kita bercerai sekarang?” adalah sebagai ayat pertanyaan. Maka tidaklah jatuh talak. Walau bagaimanapun, puan dan suami mestilah mengemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Rendah Syariah yang berhampiran untuk pengesahan dan direkodkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.