BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalammu alaikom Ust

Saya sudah buat pembedahan buang ketumbuhan di tulang tongkeng. Di sebabkan itu bahagian kemaluan dan dubur sentiasa kebas dan tiada dapat rasa bila keluarnya najis. Di sebab itu sentiasa pakai diaper. Tetapi tidak sentiasa keluar najis berterusan. Saya di katakan daimul hadas atau tidak dan cara beribadah terutama solat bagaimana dalam keadaan ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu difahami bahawa seseorang itu dianggap sebagai daimul hadath apabila sentiasa atau berterusan berhadas seperti kencing atau najis yang sentiasa keluar dari kemaluan.

Sekiranya najis tidak keluar berterusan, maka ia tidak dianggap sebagai daimul hadath.

Berdasarkan kenyataan yang diberikan, najis tidak sentiasa keluar, namun memakai diapers kerana bimbang jika najis keluar tidak disedari. Ini bermakna ia bukanlah dianggap sebagai daimul hadath.

Tuan boleh memakai diapers, berwuduk dan solat seperti biasa. Jika selepas solat, tiada najis yang keluar, maka solat tuan adalah sah. Jika najis keluar semasa solat, maka solat itu hendaklah diulang.

 الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 34

message user image