Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Tuan/Puan,
Saya ingin mendapatkan pandangan berkenaan lafaz taklik suami.
Situasi saya:
Saya telah transfer RM500 kepada suami, kemudian suami memulangkan semula RM500 tersebut kepada saya. Selepas itu, suami ada menghantar mesej kepada saya: “kau transfer skali lagi, aku ceraikan kau talak 3”.
Namun, suami telah menjelaskan bahawa niat beliau ketika itu hanyalah merujuk kepada RM500 tersebut sahaja, bukan untuk semua transaksi selepas itu.
Soalan saya:
Jawapan
Menjawab pertanyaan puan :
Menjawab soalan yang diajukan, ucapan suami kepada isteri: “kau transfer skali lagi, aku ceraikan kau talak 3”, adalah berbentuk khabari atau perkhabaran, hasrat mahupun janji sekiranya isteri membuat perpindahan wang, maka suami akan menceraikan isterinya. Sekiranya benar-benar berlaku isteri melakukan perpindahan wang dan suami ingin meneruskan hasrat atau janji untuk menceraikan isterinya, maka suami perlu melafazkan talak kepada isteri. Jika suami tidak melafazkan talak, maka talak tidak berlaku. Oleh itu, Taklik talak tidak berlaku.
Untuk mendapat kepastian serta maklumat lebih lanjut, sila rujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam terdekat.
Sekian terima kasih