BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan

Assalamualaikum w.b.t

 

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf. Saya ada persoalan berkenaan lafaz taklik. Isteri saya dapat tahu yang saya ada ajak videocall lucah dengan perempuan lain. Tapi tak sempat buat pun. Sebab isteri dah dapat tahu. Bagi meredakan kemarahan isteri saya , saya telah melafazkan taklik "lepas ni kalau saya buat lagi benda mengarut ,talak lah' . Tanpa saya berniat untuk talak tersebut. 

Dalam lafaz tersebut saya tak jelaskan apa ciri-ciri perbuatan mengarut itu. Dan tidak berniat untuk menjatuhkan talak. Sekadar untuk menenangkan isteri.

Saya telah melakukan videocall lucah selepas itu.. Adakah jatuh talak? Sebab dalam lafaz tu saya tak nayatakan dengan jelas syarat- syarat untuk jatuh

Selepas sebulan dari perkara tersebut berlaku saya mula tersedar akan lafaz taklik tersebut dan saya terus melafazkan rujuk pada isteri saya dan isteri saya menerimannya. Lafaz rujuk saya ( saya rujuk ke atas kamu 'nama isteri' untuk jadi isteri saya )

Adakah sah juga lafaz rujuk tersebut.

Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih atas jawapan terhadap terhadap persoalan saya.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ucapan suami: "lepas ni kalau saya buat lagi benda mengarut, talak lah” dibimbangi boleh membawa kepada berlakunya taklik talak. Walau bagaimanapun, pihak yang berautoriti di dalam menentukan suatu lafaz talak atau taklik talak itu sah adalah adalah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, ajukanlah perkara ini kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah atau Mahkamah Syariah terdekat untuk mendapatkan pandangan serta sebarang tindakan lanjut sekirany ada.

Merujuk kepada rujuk yang dilakukan oleh suami, ia bergantung kepada ketetapan atau keputusan Mahkamah Syariah terhadap ucapan taklik talak tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 14

message user image