Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang isu blindbox. Ada orang kata, hukum membeli blind box adalah tetap haram dan tidak sah kerana berunsur gharar, walaupun pembeli redha dengan mana-mana 'item' yang akan dapat. Namun, berdasarkan soal jawab ini, https://emusykil.muftiselangor.gov.my/index.php/b?id=5914, apa yang saya faham, pembelian blind box adalah harus kerana pembeli meredhai pembelian tersebut dan tidak timbul apa-apa ketidakpuasan hati atau kemudaratan.
Situasinya, blind box tersebut ada menyatakan design-design yang mungkin didapati. Bagi saya, kesemua design tersebut sama nilai harganya, walaupun ada design yang dikatakan 'rare'. Saya juga suka dan redha jika saya dapat mana-mana design, tetapi saya juga ada 1 design yang paling saya minat.
Jadi persoalannya, jika saya telah membeli blind box tersebut, adakah pembelian saya itu dikira tidak sah dan haram? Adakah masih mempunyai unsur gharar walaupun saya tahu saya akan dapat salah satu daripada deisgn yang ditunjuk? Adakah mempunyai unsur perjudian atau bergantung kepada nasib kerana ada design yang saya paling gemar? Jika ya, apa yang saya patut lakukan?
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan;
Secara umumnya jual beli seperti dalam situasi yang dinyatakan, pembelian blind box saudari adalah sah dan hukumnya harus, dengan syarat:
Dalam situasi yang dinyatakan, ia bukan perjudian (maisir) dan gharar yang ada adalah kecil (gharar yasir) yang dimaafkan, maka akad tetap sah.
Sekian, terima kasih.