Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Jika seseorang sudah membayar fidyah untuk puasa tahun 2018, perlukah dia berpuasa untuk menganti puasa nya?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, tetap perlu mengqada’kan puasa selama yang tidak dapat dilaksanakan sebelum masuk ramadhan tahun ini. Jika sehingga ramadhan tahun ini telah berlalu masih belum mengqada’ puasa tahun 2018, barulah pada ketika itu perlu membayar fidyah bagi puasa yang tertinggal untuk tahun 2018. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.