Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya akan mula perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Kuching untuk berkursus pada 21 Jun (Ahad) dan pulang semula ke Kuala Lumpur pada 26 Jun (Jumaat).
Kursus pula dijadualkan pada 22 Jun (Isnin) sehingga 25 Jun (Khamis).
Persoalannya, bolehkah saya solat jamak dan qasar sepanjang 21 Jun (Ahad) sehingga 26 Jun (Jumaat) sekiranya penerbangan kapal terbang saya daripada Kuala Lumpur ke Kuching pada 21 Jun (Ahad) pukul 9.00 malam? Saya agak keliru memandangkan mengikut waktu islam, selepas waktu Maghrib telah masuk hari baharu. Disertakan jua jadual pergerakan seperti di bawah untuk memudahkan semakan perjalanan. Sekian, terima kasih.
|
21 JUN (AHAD) |
22 JUN (ISNIN) |
23 JUN (SELASA) | 24 JUN (RABU) | 25 JUN (KHAMIS) | 26 JUN (JUMAAT) |
| PENERBANGAN PERGI KE LOKASI KURSUS PUKUL 9.00 MALAM | KURSUS BERMULA | KURSUS | KURSUS | KURSUS TAMAT | PENERBANGAN KELUAR DARI LOKASI KURSUS PUKUL 5.00 PETANG |
Jawapan
Seseorang itu dikira sebagai bermukim sekiranya dia berniat menetap di suatu tempat lebih 3 hari tidak termasuk hari sampai dan hari meninggalkan tempat tersebut. Ini berdasarkan hadis daripada al-`Ala’ bin al-Hadhrami bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Orang Muhajirin bermukim di Mekkah selepas selesai menunaikan manasik selama tiga hari. (Riwayat Muslim)
Pengiraan tempoh 3 hari itu berbeza keadaannya apabila seseorang itu sampai di tempat yang dituju pada waktu siang atau malam. Ini kerana pengiraan hari dalam perkara ini seperti hari berpuasa.
Sebagai contoh 1, sekiranya sampai pada waktu siang, hari Ahad, sebelum masuk waktu maghrib, untuk mengharuskan solat jamak dan qasar sepanjang berada di situ, dia perlu keluar pada siang hari Khamis, sebelum masuk waktu maghrib.
Contoh 2, sekiranya dia sampai pada hari Ahad, selepas waktu maghrib, dia perlu keluar dari tempat itu sebelum masuk waktu subuh hari Jumaat.
Untuk memudahkan kefahaman, sila lihat ilustrasi berikut:
|
|
Ahad (21 Jun) |
Isnin (22 Jun) |
Selasa (23 Jun) |
Rabu (24 Jun) |
Khamis (25 Jun) |
|||||
|
|
siang |
malam |
siang |
malam |
siang |
malam |
siang |
malam |
siang |
malam |
|
Contoh 1 |
sampai |
|
|
|
|
|
|
|
keluar |
|
|
Contoh 2 |
|
sampai |
|
|
|
|
|
|
|
keluar |
Menjawab soalan yang diajukan, berdasarkan kepada pernyataan puan, puan sampai pada malam hari, sebelum maghrib, pada 21 haribulan (hari sampai, tidak dikira hari menetap). Kemudian puan keluar dari tempat tersebut pada 26 haribulan pukul 5.00 petang. Ini bermakna puan telah menginap melebihi 3 hari. Oleh itu, puan tidak diharuskan untuk solat secara jamak dan qasar sepanjang berada di tempat itu. Dan hanya boleh solat secara jamak dan qasar hanya ketika dalam perjalanan bertolak dari KL ke Kuching serta perjalanan pulang dari Kuching ke KL.
Untuk mengharuskan solat secara jamak dan qasar semasa berada di tempat itu, disarankan puan keluar sebelum masuk waktu subuh hari Jumaat.
Sekian, terima kasih.