BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

assalamualaikum.
Berdosakah seorang adik/kakak perempuan Yang Belum berkahwin tidak mahu lagi membantu adik beradik lelaki Yang telah berkahwin?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk persolan yang diajukan, tidak berdosa dan tiada ketetapan yang spesifik bagi tanggungjawab seorang adik/kakak perempuan yang belum berkahwin kepada keluarga kandungnya terutamanya dalam bab kewangan. Ia merupakan belas ihsan dan budi bicara sekiranya adik/kakak perempuan ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada ibu bapa mahupun adik beradik yang lain bergantung kepada kemampuan.

Walau bagaimanapun Islam menggalakkan sikap kasih sayang, tanggungjawab serta saling bantu membantu terutamanya dalam kalangan adik beradik. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 10

message user image